yang sudi bertandang....

masa itu emas

Ahad, 29 Januari 2012

KEK COKLAT BADARIAH

Resep nie aku sekondeng di blog Puan Badariah lama dulu hngga aku luper nama blog nyer....n ni la kali pertama aku mjencuba resep dr nyer (kes simpan resepi)biasa kek coklat aku buat ikut resep kawan ku nana... lgpun aku penggemar kek yg  guna banyak telur..entah kenapa tap itu la hakikatnyer hehehe...apa pun resepi ini memang sedap terasa kelembabpannyer emmmmmsungguh sedap.....jom tengok resepi...

 KEK COKLAT BADARIAH

*2 cwn tepung
*1 cwn serbuk koko
*1 sudu teh bakng powder
*1 sudu teh soda bcarbonat
bahan yg bertanda diayak bersama


2 bji telur gred A
1 cwn gula pasir
1 cawan susu pekat manis
1 cwn minyak masak
1 cwn ar panas


caranyer sa

~~dalam satu bekas satukan telor.gula ,minyak dan susu..kacau guna wish hingga sebati
~~masukkan tepung yg d ayak tadi,kacau sebati
~~last sekali masukkan air panas,kacau sebati,
~~adunan siap sedia dikukus.kukus selama sejam atau  hingga masak guna loyang 8 yg nie sy guna loyang 7
~~x sesuai....so guna loyang 8...


~~untuk topping
~~2 sudu besar majerin
~~3 sudu besar susu segar /cair@ar panas
~~1/2 cawan serbuk koko
~~4 sudu besar susu pekat

caranyer

masak cara doubleboil
biarkan sebentar
n curahkan atas kek

~~
aha yang ne dah siap potong n nggapppp hehehhe....aper pun memang sedap sesanggat...puas hati.....

Sabtu, 28 Januari 2012

INFO.....copy,paste dari Kaklong Lyn


copy paste saja~berguna untuk renungan kawan2 :)

PETUA MEMBUAT KEK~
Sumber : Baking Solutions @ BAGUS

Kualiti membuat kek bergantung kepada teknik pembuat kek.

Walaupun bahan-bahan yang digunakan sama tetapi teknik yang berbeza memberikan hasil yang berbeza juga.Ada beberapa kemungkinan yang dapat menjelaskan mengapa kek yang anda buat tidak segebu di kedai kek.

Kek kering

• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan sehingga udara terperangkap terlalu banyak dan kek menjadi kering.

• Suhu oven yang kurang panas sehingga kek harus berada di dalam oven terlalu lama.Panaskan dahulu oven pada suhu yang diinginkan sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum kek dibakar, kemudian barulah masukkan kek.

Kek retak atau pecah

• Suhu oven yang terlalu panas.

• Kek diletakkan di rak paling atas oven yang membuat permukaan kek terlalu panas.Letakkan kek di rak bahagian tengah sehingga mendapat oven yang merata.

• Loyang yang dipakai terlalu kecil hingga isi loyang menjadi terlalu penuh

Kek bantat

• Bahan cair yang digunakan lebih banyak dari bahan kering sehingga adunan menjadi terlalu lembik.

• Jumlah bahan pengembang seperti serbuk penaik dan bikarbonat yang digunakan tidak sesuai.Akibatnya kek tidak dapat mengembang sewaktu dibakar.

• Proses pembuatan awal seperti memukul telur dan mentega tidak sebati hingga berwarna putih.Bahan-bahan lain dimasukkan sebelum waktunya.

• Cara mengacau adunan salah atau berlebihan semasa memasukkan tepung.Lakukan pengacauan dengan senduk kayu secara searah dan tidak terlalu lama.Jika memakai mixer,pasang dengan kelajuan rendah sambil kacau sehala.

Kek turun dibahagian tengah

• Dikacau berlebihan sehingga menyebabkan adunan terlalu halus dan menghancurkan udara yang telah terperangkap di dalamnya.

• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan.

• Suhu oven yang tidak tepat,kurang panas atau terlalu panas.

• Kek kurang masak.Caranya ialah dengan menusuk lidi di bahagian tengah kek,jika adunan tersebut tidak melekat di lidi,kek sudah masak.Boleh juga dengan cara menekan hujung jari ditengah-tengah kek.Kek yang cukup masak akan naik semula seperti mana anda menekan span.

Petua Kek Cantik dari Chef Wan Sumber : Macam2.com

Menurut Chef Wan, proses membuat kek adalah 'proses tepat' yang bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat.

Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek. Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan. Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.

Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Chef Wan telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.

1.Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.

2.Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.

3.Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.

4.Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.

5.Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.

Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?

Masalah Yang Sering Dihadapi

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

- Kek Terlalu Lembap dan Leper

•Terlampau banyak cecair.
•Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
•Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
•Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.

- Kek Merekah di Atas

•Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
•Kekurangan cecair.
•Acuan tin terlalu kecil.

- Kek yang Mendap di Tengahnya

•Ukuran acuan tin tidak betul.
•Sukatan bahan tidak tepat.
•Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
•Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
Semoga petua kat atas dapat menambah ilmu kita semua..
~Lub U aLLzZ! muahhs!! :)~

Selasa, 24 Januari 2012

kek alunan kash

 tq  Mardina yg sudn oder kek ini..bersusah2 merendah trafk jem nk ambk kek hehehe

Jumaat, 20 Januari 2012

BLACK FOREST

Alhamdulllah jad juga kek nie setelah lama menggdam nak buat...terimakash pada yg empunye resepi Suhaida Mohaini.....




black forest cake

sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/6693


BAHAN-BAHAN
-120 gm gula kastor
-100 gm tepung gandum
-20 gm serbuk koko (SY X GN)
-4 biji telur
-10 gm ovalette
-20 gm air
-1 sk esen vanila
-20 ml minyak jagung
-Untuk hiasan : Nondiary whipping cream (dipukul sehingga kembang) Jem blueberry (buah) Ceri merah, Chocolate rice.

CARA MEMBUATNYA
-Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
-Perlahankan putaran, masukkan minyak.
-Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
-Sejukan kek, potong 2 lapisan. Sapu krim dan letakkan beri.
-Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim. Saya memang sapu sedikit.


Hiaslah mengikut citarasa kita

Isnin, 16 Januari 2012

ODER DI BULAN JANUARY 2012

KEK TIRAMISU 1/2 KILO


KEK COKLAT MOIST KUKUS 1 1/2 KILO



Awal bln january thun ini aku mendapat sedikit tempahan hehehehe suka suka suka,,,cz boleh deko2...alhamdulillaah kek2 ini dapat aku sediakan tepat pada waktu nyer harap tuanpounyer menyukainyer......

Jumaat, 13 Januari 2012

PUDNG CAREMAL


Ini kali kedua aku mencuba membuat puding ni..kali pertama,bnyak kesilapan yg ku lakukan..kerana itu la hasilnyer x cantik tp rasanyer tetap sedap......malam ini 13.02.2012....aku buat lagi bersama adik iparku nadiah..katanyer tengok pic mcm sedap ..jom projek kat dapo....
ok disini aku tempek kan resepi n tuan punyer resepi..kerna tunjuk ajar beliau  maka terhasil la puding comel ini..


CARAMEL PUDING (PUDING GULA HANGUS)

Caramel -
4 tbsp gula
1 tbsp air
1½~2 tbsp air panas

Puding telur -
2 biji telur
250ml susu segar/cair
5 tbsp gula

Acuan dilengser dgn butter supaya senang keluarkan nanti

Cara membuatny:-
Dlm periok cairkan gula bersama air hingga warna perang kemudian tuang air panas perlahan2. Ketepikan. Tuangkan ke dlm acuan yg telah dilengserkan dgn butter.

Telur dikocok lepas jgn sampai berbuih banyak. Ketepikan. Panaskan susu bersama gula hingga gula larut kemudian tuangkan kedlm telur. Kacau hingga sebati. Tapis Tuang puding kedlm acuan (tutup dgn aluminium foil) dan kukus 20 minit dgn api yg slow saja. Jgn terlebih kukus nanti texture puding berlubang2.

Isnin, 9 Januari 2012

patato wedges doha


yg ini x sama dengan patato wedges yg satu lagi yg ini yg palng smple n sedap x rugi mencubernyer...
Norsita Mohaban

potato wedges

bahan2
500g kentang (dibuang kulit)
1 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk lada sulah
air secekupnya
minyak masak
garam secukup rasa

cara2
1. potong kentang dan rebuskan dgn sedikit garam. masakkan separuh lembut dan tuskan.
2. masukkan tepung serbaguna dan serbuk lada sulah ke dlm mangkuk.
3. campurkan sedikit air ke dalam bahan tadi. kacau sehingga sebati.( jgn terlalu pekat atau cair)
4. masukkan kentang tadi dan kacau rata.
5. panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
6. sedia dihidangkan..

*letakkan sos cili & mayonis atasnya

NASI AYAM


 nasi ayam hehehe nasi ayam ala cina tp minyak bijan x ada guna apa yang ada riskas tpi sedap..........
aku sharekan resep denghan yg empunye resep ye



NASI AYAM.. HOT PLAT TOFU

Nasi
Beras cuci & tos airnya
Tumis bawang putih yg telah ditumbuk kemudian masukkan daun pandan & beras. Goreng & balikkan2 hingga wangi sikit kemudian tuang air rebusan sop ayam (sukatan sama dgn beras 1:1) masukkan garam.. marjerin.. minyak bijan.

Sop
Ayam (kaki/leher dikerat2)
bawang putih & halia ditumbuk
cube ayam
daun sop bawang
bawang goreng
garam
Semuanya dilebur tak yah tumis.

Ayam goreng
tepong jagung
air
garam
telor
Bancuh kemudian celop ayam lalu goreng hingga garing. Kemudian penyekkan dgn lesung lalu potong2 kecil.

Sambal
lada hidup merah.. lada padi merah.. sedikit lada kering
gula
blend dgn air sop.

Dah siap dimakan begitu saja

PATATU WEDGES


Chezzy Wedges Sause....( resepi Norhana Mohd Razak)
RESEPI SOS KEJU @ NANHOS CHEESE @ CHEZZY WEDGES
BAHAN
ubi kentang-dipotong 4 @ 6(ikut suka)} x perlu buang kilut ye....
sedikit garam
sedikit lada sulah
-gaul semua bahan diatas hingga sebati......
- kemudian gorneng hingga kentang lembut ....

BAHAN SOS
2 1/2 s/b mentega
2 1/2 s/b tepung gandum
1 liter susu segar
3 sudu kecil garam- secukup rasa
2 s/b serbuk cili
2 s/k serbuk lada putih
12 keping cheddar cheese
sedikit pewarna kuning - utk bg warna dia lg menarik

-cairkan mentega....
- masukkan tepung...kacau jangan bg ia berketul2....
- masukkan susu...masukkan serbuk cili..serbuk lada putih ..garam & masukkan cheddar cheese.....
- masak hingga kepekatan yang dikehendaki....
-mula2 nampak cair je.... tp bila sejuk ia akan jd kental....

-SIAP....