yang sudi bertandang....

masa itu emas

Selasa, 27 Mac 2012

CIFFON PANDAN CAKE


 Jeng...jengggg....hehheeh...setelah  beberapa kal gagal buat kek nie aku hampr naik serender buatnyer yer la asyik x jadi jer tentu le serender hehehehe tengok member gua resep sama tp menjadi...emmmm x leh jadi mesti cube n cube n ne la hasilnyer hehehe gebu je tengok.......

ok ler dah x reti k celoteh apa lagi nie  aku sharekan resepinyer kalau sudi nk cuba cuba la yer.......


bahan2 nyer

bahan A
150 g tepung kek
1 camca teh baking powder
(diayak 3x yer)


bahan B

4 biji kuning telur
70g gula caster
1/4 camca teh garam halus

bahan C

85ml minyak jagung
115ml jus pandan
(blender 10 helai daun pandan n dapatkan 115mljus pandan)

bahan D

4 biji putih telur
70g gula caster
1/2 camca teh krim of tartar

caranyer

1~ mengguna kan handmixer untuk memukul bahan B,masukkan minyak putar hungga kembang,masukkan jus pandan dan terus memutar sehngga rata,masukkan sedikit warna hijau untuk menyerikan warnanyer....

2~ masukkan tepung sedikit demi sedikit  dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan ,jangan terlebh kacau yer

3~  dengan kelajuan tinggi putar bahan D,hingga berbuih,masukkan gula castor n krim of tartar pukul lagi hingga mneringui iaitu apabila bekas putih telur di terbalikkan aduanan putih telur tidak JATUH.

4~ ambil separuh aduna meringui tadi,masukkan kedalam adunan kuning telur yg telah berwarna hjau tadi,kaupbalikkan hingga rata.JANGAN PUTAR dan jangan risau kalau aduna kelihatan lampy atau berketol2 kerana itu yg resepi kehendaki untuk menghasilkan kek yg gebu dan beronga.

5~ tuang adunan kedalam baki meringui tadi,kaupbalik hingga adunan rata n sebati..tuang dalam acuan chiffon (jangan sapu majerin pada bekasnyer ye,x payah sapu apa2 ok)

6~ bakar dalam oveb yg tellah dipanaskan dulu 20minit suhu 175c.
   bakar selama 40-45minit.....ikut oven anda yer cz setap oven x sama....




Isnin, 26 Mac 2012

STRAWBEERRY CHOCOLATE CAKE

 salam buat semua penjungjung blog yg x seberapa ini...hehehhe hari rajn lak aku nk membaking...tu pen terliur tengok kek shuhairi nyer kek .....ikut resep kena bakar guna dua bekas tapi aku malas aku tibai sebekas je ahaha...jadinyer bs merekah bak lava gunung berapi nk meletus....terpaksa la juga penggal bahagian yg merekah tu kalau x x cun ler cake..huhuhuhu
 okokoko menceceh jer dah nie share juga resepinyer sapa2 yg nak tengok step by step maka dengan segala hormatnye sla la kunjung umah  sifi Shuhaini JUICY CAFE....kat sana ada step by step....
 Bahan2 kek..
1 1/2 cawan gula castor
1 1/3 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan buttermilk (1 1/2 cawan susu segar + 2 sdb cuka + 2 sdb jus lemon - rehatkan 20 minit)
 3 biji telur A
1 1/2 cawan air panas + 2 sdk nescafe
1 sdk esen vanilla
3 cawan tepung gandum*
1 sdb + 1 sdk baking soda*
 1/2 sdk garam halus*
1 cawan serbuk koko hershey* - *satukan dan ayak
2 pek strawberry segar - hiasan

 Bahan2 buttercream..(pukul sebati)
100 gm gula aising*
15 gm air* - *satukan dan gaul sebati
250 gm krimwell
1 sdk coklat emulco

Bahan2 ganache..
250 gm whipping cream (tawar)
500 gm coklat compound - hiris halus

Cara2 ganache..
1. Panaskan whipping cream dalam periuk kecil dengan api yang kecil sehingga berbuih2 di tepi2 periuk.
2. Tuang dalam bekas yang berisi coklat, gaul sehingga coklat larut.

 Cara2 kek..
1. Dalam mixer pukul sebati gula castor, minyak jagung, buttermilk, 3 biji telur, air panas yang telah di bancuh bersama nescafe dan esen vanilla.
2. Masukkan bahan2 ayak sedikit2 dengan kaedah kaupbalik, jika berbiji2 pukul dengan kelajuan paling rendah dalam 10 saat.
3. Sediakan 2 biji loyang saiz 8 inci, lapikkan dengan kertas minyak dan sapu butter sedikit.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan tuang ke dalam loyang tadi.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 40 minit.
6. Sejukkan kek atas redai.
7. Potong setiap kek kepada 2 bahagian, kalau atasnya merekah, buang sedikit, biar rata.
8. Letak lapisan bawah pada papan kek, sapu buttercream dan susun strawberry yang telah di hiris halus.
9. Susun kek lapisan kedua, di ikuti dengan sapuan buttercrean dan susunan buah strawberry.
10. Untuk lapisan ketiga, ikuti cara2 nombor 9, di akhiri dengan kek lapisan teratas dan sapu buttercream keseluruh bahagian kek.
11. Sejukkan kek dalam peti sejuk dan biarkan buttercream keras.
12. Keluarkan kek, letak atas redai bersama talam, buat adunan untuk ganache, terus tuang atas kek.
13. Lap di tepi2 bahagian papan kek dan sejukkan semula sehingga coklat mengeras.
14. Celup strawberry dalam baki coklat tadi dan hias di atas kek mengikut kreativiti masing2.
hehehheheok selamat mencuber kekawan semua.....

Jumaat, 9 Mac 2012

APAM SRI AYU/P3 AYU

Setiap hari petang mesti hujan..lebat pulak tu.....time sejuk2 nie mesti perut lapar je hehehe
angin rajin  ada maka aku pun buat kuih yg dah lama aku x buat nie..emmmaku dah kering idea lak nak menggarang ok la aku sharekan resepinyer sesiapa berminat boleh la mencuber..

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Isnin, 5 Mac 2012

KEK COKLAT ALA2 BLACK N WHITE

 ASSALAM ....Selamat datng ke blog sy yg x sehebat mana ini..sekadar untuk menggisikekosongan waktu dengan hob yg x seberapa ini
 sekian lam ingin mencube kek ala2 black n white ni....hehehe dah 2 kali try hasilnyer masih x puas hati.....
 gamabr yg di atas tu yg k2 kali ku buat yg nii yg pertama cntk yg pertama dr yg k2  kek nie heheheh apa pun memang sedap kek nie ,yg perlu dperbaiki akan diperbaiki Insaallah aku aku akn perbaiki lagi

yg bsalahnyer hanyer tektik memotong maklumla kakak ku kat kampung yg membelah nyer hehehhe

okla nak try resepi dr teman fb ku ini MOhd Jani




CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan – bahan :-

200gm             mentega
330gm             gula kastor
3 biji                telur
220gm             tepung gandum*
1 tsp                soda bicarbonate*
1 tsp                baking powder*
50gm               koko* ayak
250gm             air

Cara – cara :-

pukul mentega sehingga kembang. masukkan gula dan pukul lagi.
masukkan telur sebiji demi sebiji.
masukkan campuran tepung berselang seli dengan air sehingga sebati.
bakar suhu 180c..4ominit


RESEPI CREAM CHEESE

cream cheese frosting

ingredient:-

125gm butter
250gm cream cheese
120gm icing sugar

method:-

cream butter and cheese until light and fluffy.
put in icing sugar and cream again until smooth.
**MENTEGA SYA KURANG KN SEDIKIT 25GM

CHOCOLATE GANACHE


Bahan – bahan :-

500 gm Dark chocolate – potong dadu
250 gm Double cream
50 gm Butter
 **BOLEH LETAK BUTTER BOLEH JGK TIDAK...SYA XLETAK..

Cara – cara :-

Satukan double cream dengan butter. Panaskan sehingga mendidih.
Campurkan ke dalam coklat gaul sehingga sebati dan tidak berketul – ketul.


Khamis, 1 Mac 2012

JUICY CAFE: STEAM BUTTERCREAM

JUICY CAFE: STEAM BUTTERCREAM: As-salam semuaaa.. Dah lewat malam dah nihhh..tapi i nak jugakk updated entery nih..bukan ape entry nih i dah janji i nak share dengan semu...