yang sudi bertandang....

masa itu emas

Jumaat, 25 Mei 2012

sponge mix cake

 assalamualaikum semua semuga shat n ceria selalu....br saja ku menyiapkan temoahan kek bertunang hehehe....buat sedaya yg boleh maka ini la hasilnyer
 dah masak gebus jer...









vanila sponge mix

bhn2 :
- 250g sponge mix
- 4 biji telur
- 50g air
- 50g minyak

cara2 :
- pukul tepung bersama telur selama 10 minit non stop
- msukkn air & pukul lg seminit
- msukkn minyak & gaul cr kaup balik je..

bakar suhu 160c 35minit
sebaik keluar ovan segera telungkupkannyer...
selamat mencuba

Khamis, 24 Mei 2012

BASKET ROTI

Assalamualaikum...semoga ceria sentiasa...enteri hari ni...CABARAN BAKOL ROTI..mencabar diri sebenarnyer hehehe suka2 walau pun terasa agak payah bg yg dah pandai semuanyer pasti senang jer heheh...okok jom kita tengokk..resepi klik K




http://resipicitarasawan.blogspot.com/2011/10/cara-membuat-bakul-pastri-how-to-make.html











Jumaat, 18 Mei 2012

kkek coklat badariah lgi

kek coklat nie dah berkali2 aku buat memang best hehehe yg nie aku buat cz member hubby oder untuk anak buahnyer....


http://merda513-eyda.blogspot.com/2012/01/kek-coklat-badariah.html

kal nie aku buat setengah adunan saja tu yg nampakm kecik hehehe resep klk kat atas tu yer....



 yg atas nie lom mekap ag...
 yg nie dah manad ganache
 coklat M & M jadi hiasan
kelilingnyer manisan ....

dah siappp/.....

OPERA CAKE

KEK nie ku buat sempena HARI IBU..kal nie sambut hari ibu bersama mertua di Alam Budiman...hehehehhe jenuh berpikir kek apa la nk buat..kek yg selalu buat jemu la pulak emmm skondeng la blog member maka terpikat lak ngan kek pera nie kek lama sebetulnyer cumer aku br jer nk buat hehehehhe x apa ler janji boleh buat...jommm layn gambo2nyer..sepatut nyer deko simple jer ajer aku gatak tangan nk wat munge setaman huhuhu....


 OPERA CAKE

Bahan2 kek..
150 gm gula aising*
45 gm tepung gandum* - *satukan dan ayak
150 gm badam kisar
4 biji telur A
30 gm butter - cairkan dan sejukkan sebentar
3 biji putih telur
30 gm gula castor

 Cara2nya..
1. Dalam bekas, satukan gula aising, tepung gandum dan badam kisar.
2. Masukkan telur sedikit2 dan gaul sehingga adunan sebati.
3. Tambahkan butter dan gaul biar rata.
4. Dalam bekas lain, pukul dengan mixer putih telur bersama gula castor sehingga bertanduk.
5. Masukkan ke dalam adunan butter, gaul dengan spatula sehingga sebati.
 6. Lenserkan loyang 8x8 inci dgn butter, lapik kertas minyak dan sapu dengan butter lagi.
7. Tuang adunan dalam loyang, bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180C selama 30 minit.
8. Biarkan kek sejuk, kemudian potong kepada 3 bahagian.
9. Letak kek lapisan bawah atas papan kek sudukan dengan coffee syrup.
10. Sapukan coffee buttercream pada semua bahagian kek, di ikuti dengan sapuan ganache.
 11. Tindihkan kek lapisan kedua, ulang cara2 nombor 9 dan nombor 10.
12. Akhir sekali, tindihkan kek lapisan ketiga, sudukan dengan coffee syrup, di ikuti sapuan coffee buttercream ke seluruh bahagian kek.
13. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga cream mengeras.
14. Keluarkan kek dari peti sejuk, letak kek atas redai yang di lapik dengan loyang, tuang ganache dari atas, biar ganache meleleh dengan sendiri ke seluruh bahagian kek.
15. Hias ikut kreativiti masing2, sejukkan biar ganache mengeras.
16. Potong sisi kek (jika mahu) seperti gambar.

Bahan2 coffee syrup..
100 gm air panas
30 gm gula castor
1 sdb serbuk kopi segera

Cara2nya..
1. Satukan air panas dengan gula, kacau sehingga gula larut.
2. Tambahkan serbuk kopi segera dan kacau sebati.

Bahan2 coffee buttercream..
300 gm butter
80 gm gula aising - ayakkan
1 1/2 sdb coffee emulco

Cara2nya..
1. Pukul butter dan gula aising sehingga gebu.
2. Tambahkan coffee emulco, pukul lagi sehingga sebati.

Bahan2 ganache..
130 gm uht whipping cream
250 gm coklat compound - sagat halus
20 gm butter

Cara2nya..
1. Buat selepas coffee buttercream mengeras.
2. Panaskan whipping cream atas api kecil sehingga berbuih di tepi2 periuk.
3. Tutup api dan tambahkan coklat dan butter, gaul sehingga adunan semua larut.

PUDING KAREMAL LAPS KOKO

TERlhat member geng masak post gambar  pudng mak aii cunnyer rasanyer tentu sedap emmm tp biler nk buat roti lupa beli..susu cair pu n lupa ..emmm mcm semua luper huhuhuh lastnyer dapat ngak aku buat huhuhuh


 PUDING ROTI KARAMEL LAPIS KOKO
3sdu makn gula +1senduk air buat karamel..
3bji telur
,4kpg roti d carik2
,1cwn ssu pekat,
1cwn susu cair,
1cwn air suam,
1sdu teh vanilla,
gram sikit,
3sdu mkn koko/milo
(blender semua bhn2 ni) 
bagi 2 bahagian.. 1 bahgian cmporkan koko. 1 bhagian asal..
buat karamel dlu dlm loyang dan ketepikan...
adunan da blender td tuang lapisan pertama n kukus dlm 10mnit, wat lapisan ke2 dan setrusnya shingga abis.. lpisan akhir kukus 15minit.. SELAMAT MENCUBEEEEEEERRR.




HOME MADE MEE

EMMMM emmmmm sekian lama aku dapat resepi wat mee ne...tapi masih x dapat nk buat cz mesin nyer x ada..kemarin jejalan kat pasaraya ternampak la menda alah nie


emmmm apa lgi  la start amik resep n try wat emmmm tah apa malangnyer x menjadi lak resepi mee tu setengah kilo tepung bg cik tong mamam...adessss esokknyer tanyer2 pada kawan2dapat satu lag resepi mee nie ..apa lgi try la buat alhamdulllah menjad walau belom secantik mana tp puas hati kal nie nk try aku watsikit ajer 250g je takot x menjadi huhuhuhu...jom tengok resepi......





mee kuning


 Bahan2:-
1 kg tpg gndm
sedikit garam
1 st air abu @ air kapur ( sy guna air kapur je )
Pewarna kuning
1-2 cawan air ( lbh kurang )
minyak masak
Air utk rebus

Cara2:-
Gaulkan air kapur bersama air, garam & pewarna kuning. Gaulkan bersama tpg. Kepal2kan. Adunan ni agak kering ye. Bhgikan kpd bberapa bhg. Leper adunan mgunakan mesin mee @ mesin pasta, ulang hgga adunan sebati. Sapu adunan dgn sedikit tpg, guna acuan yg bergerigi paling kecil. Panaskan air & bubuh sedikit myk hgga menggelegak. Masukkan mee ke dlm periuk & kacau pelan2, biar air mendidih lg. Angkat mee & toskan ke dlm tapis sambil lalukan air paip pd mee. Gaul mee dgn sedikit myk, balik2kan mee & letakkan dekat pd kipas angin supaya mee cepat sejuk smbil dibalik2kan. Slmt mencuba.








RED VELVET CAKE

Saja menggisi waktu yg terluang huhuhu....busan la x wat apa emmmmasuk ops cek bahan ewahhh cukup ada semuanyer emmm  mehh kta wat RED VELVET CAKE/BALDU MERAH....JOMM layan gambo n resepi....





Watie Pak Din
Cake Red Velvet

utk topping...
500gm fresh cream..pkl sampai kembang..n ketepikan,,,dlm bekas lain pkl 250gm cream cheese 60gm gula aising hgga gebu...bila dah gebu,campurkan fresh cream td kedlm cheese ,,gaul bg sebati...


bhn2 kek
250gm butter,
260gm gula perang,
4 biji telur,
1sdt esen vanilla,
250gm tepung naik sendiri(bluekey)
15gm serbuk koko,
1sdt sebuk nesc(bancuh ngan sdm air),
1 sdm golden syrup...
200gm susu cair+1 sdm cuka{biar dia jd berketul),(boleh tukar butter milk)
1 sdm perwarna merah,
1 sdm perwarna oren,
1sdm perwarna rose pink,
1sdt cuka apple
1/2sdt soda bikarbonat......


~pkl butter n gula hgga sebati
~masukan telur satu persatu dan vanilla
~masukan tpg yg telah diayak ngan serbuk koko
~kemudia masukan nesc
~masukan pula susu cair n cuka td
n perwarna
~ masukan golden sirap
~last masukan cuka n soda(masukan dlm bekas n biarkan dia berbuih...n masukan cpt2 dlm adunan kek td
~kacau sebati dan masukan dlm loyang yg telah dialas ngan kertas minyak
~bakar selama 35-40 minit @hgga msk...suhu 180c(kepanasan oven mgkin berbeza2)



RAINBOW CAKE

jumaat nie terasa agak rajin biarpun malam td x lena tido cz anak meragam....dah lamma aku ngdam nak buat kek nie tapi asyik x jadi jer lastnyer hari ni dapat jugak  buatnyer......








Bahan2..
1 cawan butter
1 1/2 cawan gula castor
5 putih telur
2 sdk esen vanilla
3 cawan tepung gandum*
4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sdk pewarna ungu
1/2 sdk pewarna biru
1/2 sdk pewarna hijau
1/2 sdk pewarna kuning
1/2 sdk pewarna oren
1/2 sdk pewarna merah

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga gebu dan berkrim.
2. Tambahkan putih telur sedikit2 bersama esen vanilla dan pukul terus.
3. Perlahankan mixer, masukkan adunan tepung bergilir2 dengan susu segar, pukul sehingga sebati sahaja.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap bahagian dalam 210 gram, tambahkan setiap pewarna kepada setiap bahagian.
5. Tuang dalam 6 loyang saiz 8 inci yang telah digris dan lapik kertas minyak.
6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terdahulu 170C selama 15 minit.
7. Keluarkan kek dan sejukkan atas redai.
8. Susun kek mengikut warna bermula dengan ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
9. Letak kek warna ungu pada papan kek, sapu buttercream diatasnya, kemudian tindihkan kek warna biru, diikuti dengan buttercream dan diikuti dengan kek2 yang lain sehingga selesai.
10. Boleh hias  kek mengikut kreativiti masing2.

Bahan2 buttercream..
350 gm krimwell
150 gm shortening
200 gm gula aising*
20 gm air* - *satukan dan gaul sebati
1 sdk esen vanilla

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul sebati krimwell dan shortening.
2. Masukkan adunan gula aising dan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 8 minit.

 Bahan2 buttercream..
350 gm krimwell
150 gm shortening
200 gm gula aising*
20 gm air* - *satukan dan gaul sebati
1 sdk esen vanilla

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul sebati krimwell dan shortening.
2. Masukkan adunan gula aising dan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 8 minit
.

 Note : Untuk frosting boleh juga gunakan cream cheese atau non-dairy whipping cream.

Bahan2 cream cheese..
250 gm cream cheese
60 gm gula aising - ayakkan
500 gm non-dairy whipping cream - pukul kental (bertanduk)

Cara2nya..
1. Pukul cream cheese bersama gula aising sehingga gebu.
2. Masukkan non-dairy whipping cream yang telah dipukul kental dan pukul sehingga adunan sebati.