yang sudi bertandang....

masa itu emas

Rabu, 14 Ogos 2013

BISKUT COKLAT URAI

BISKUT COKLAT URAI
resep  biskut ne aku amk dr blog qaseh honey 
hehehe

BISKUT COKLAT URAI
Oleh: Chef Jamaliah Ahmad
Sumber: Majalah Rasa (Selera Syawal) Ogos 2011
Anggaran 40 – 50 biji

Bahan2
250gm mentega
140gm gula halus
2 biji kuning telur
480gm tepung gandum + tepung red rose
50gm serbuk badam
50gm serbuk koko - QH guna van houten
2 sudu teh esen vanilla
Sedikit coklat urai – untuk hiasan

Caranya
1.       Pukul mentega dan gula hingga kembang
2.      Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla.
3.      Masukkan serbuk badam, serbuk koko dan juga tepung (untuk tepung dimasukkan sedikit demi sedikit). Pukul lagi hingga menjadi adunan yang lembut.
4.     Uli adunan dan kemudian terapkan dengan acuan.
5.     Taburkan dengan corak urai di atasnya dan bakar pada suhu 175C selama 20 minit.

Info Chef: Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan biskut ke dalamnya.
copy dr blog qaseh gambar sendiri buat tau...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan