yang sudi bertandang....

masa itu emas

Jumaat, 9 Mac 2012

APAM SRI AYU/P3 AYU

Setiap hari petang mesti hujan..lebat pulak tu.....time sejuk2 nie mesti perut lapar je hehehe
angin rajin  ada maka aku pun buat kuih yg dah lama aku x buat nie..emmmaku dah kering idea lak nak menggarang ok la aku sharekan resepinyer sesiapa berminat boleh la mencuber..

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan