yang sudi bertandang....

masa itu emas

Jumaat, 18 Mei 2012

RAINBOW CAKE

jumaat nie terasa agak rajin biarpun malam td x lena tido cz anak meragam....dah lamma aku ngdam nak buat kek nie tapi asyik x jadi jer lastnyer hari ni dapat jugak  buatnyer......








Bahan2..
1 cawan butter
1 1/2 cawan gula castor
5 putih telur
2 sdk esen vanilla
3 cawan tepung gandum*
4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sdk pewarna ungu
1/2 sdk pewarna biru
1/2 sdk pewarna hijau
1/2 sdk pewarna kuning
1/2 sdk pewarna oren
1/2 sdk pewarna merah

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga gebu dan berkrim.
2. Tambahkan putih telur sedikit2 bersama esen vanilla dan pukul terus.
3. Perlahankan mixer, masukkan adunan tepung bergilir2 dengan susu segar, pukul sehingga sebati sahaja.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap bahagian dalam 210 gram, tambahkan setiap pewarna kepada setiap bahagian.
5. Tuang dalam 6 loyang saiz 8 inci yang telah digris dan lapik kertas minyak.
6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terdahulu 170C selama 15 minit.
7. Keluarkan kek dan sejukkan atas redai.
8. Susun kek mengikut warna bermula dengan ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
9. Letak kek warna ungu pada papan kek, sapu buttercream diatasnya, kemudian tindihkan kek warna biru, diikuti dengan buttercream dan diikuti dengan kek2 yang lain sehingga selesai.
10. Boleh hias  kek mengikut kreativiti masing2.

Bahan2 buttercream..
350 gm krimwell
150 gm shortening
200 gm gula aising*
20 gm air* - *satukan dan gaul sebati
1 sdk esen vanilla

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul sebati krimwell dan shortening.
2. Masukkan adunan gula aising dan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 8 minit.

 Bahan2 buttercream..
350 gm krimwell
150 gm shortening
200 gm gula aising*
20 gm air* - *satukan dan gaul sebati
1 sdk esen vanilla

Cara2nya..
1. Dalam mixer, pukul sebati krimwell dan shortening.
2. Masukkan adunan gula aising dan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 8 minit
.

 Note : Untuk frosting boleh juga gunakan cream cheese atau non-dairy whipping cream.

Bahan2 cream cheese..
250 gm cream cheese
60 gm gula aising - ayakkan
500 gm non-dairy whipping cream - pukul kental (bertanduk)

Cara2nya..
1. Pukul cream cheese bersama gula aising sehingga gebu.
2. Masukkan non-dairy whipping cream yang telah dipukul kental dan pukul sehingga adunan sebati.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan