yang sudi bertandang....

masa itu emas

Jumaat, 20 April 2012

KENAPA KEK X MENJADI


MENGAPA KEK TIDAK MENJADI..!!!!
Liza Hassan


SELAMAT PAGI SEMUA....


Mengapa ye kek yg kita buat tidak berapa nk menjadi....!!!
Di sini ada beberapa kesalahan yg mungkin kita tak perasan masa..proses membuat kek...jom kita tengok...=))

KEK NAIK TIDAK SEKATA...
1-Tepung yg di bancuh tidak sekata dengan bahan-bahan lain...
2-Suhu dalam ketuhar juga tidak panas sekata menjadikan kek tidak dibakar secara menyeluruh
3-Bancuhan melebihi tahap yg seharusnya tidak boleh melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar...
4-Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
5-Pastikan bekas loyang pembakar sesuai dengan isi padu bancuhan

KEK MENJADI BANTAT DAN TIDAK RINGAN
1-Telur yg digunakan mungkin terlalu kecil
2-Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
3-Suhu ketuhar pula tidak bole terlalu rendah

PERMUKAAN ATAS KEK TIDAK NAIK DAN JATUH PADA BAHAGIAN TENGAH
1-Kek tidak dibakar pada tempoh yg seharusnya
2-Penutup ketuhar yg selalu dibuka
3-Suhu ketuhar terlalu tinggi

JIKA BANCUHAN MENTEGA TIDAK SEBATI DAN BERKENTAL
1-Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
2-Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yg belumbetul-betul gebu dipukul
3-Mentega dan gula tidak betul-betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut

KEK TERLALU BERAT
1-Campuran mentega,gula dipukul terlalu lama
2-Sewaktu memukul campuran yg ada tepung,ia dipukul pada kadar yg terlalu tinggi
3-Kemungkinan besar terlalu banyak tepung yg digunakan

KEK MEREKAH
1-Suhu ketuhar terlalu panas dan menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat maak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek,ini menyebabkan bahagian kek akan merekah
2-Loyang pembakar tidak diletakkan di tengah-tengah ketuhar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan