tips tambahan
TIPS TAMBAHAN BAGI YANG GEMAR MEMBUAT KEK...=))
Liza Hassan
5:12:00 PTG | Label: PETUA..
ASSALAMMUALAIKUM...
Bagi yang gemar membuat kek,ari ni liza nak kongsikan beberapa petua...yang bole kita jadikan panduan semasa membuat kek....
PETUANYA.......<3
1-Sapukan loyang pembakar dengan lemak sayuran(shortening) dan taburkan sedikit tepung sebelum menuangkan bancuhan untuk dibakar.
2-Bagi memgelakkan kek berlubang,selepas bancuhan dipukul,kelar bancuhan dngan pisau untuk mengeluarkan angin yang terperangkap dalam bancuhan.
3-Untuk memdapatkan rasa yg sedap untuk kek coklat,campurkan sedikit campuran Nescafe bagi memdapatkan rasa Mocha.
4-Selain mentega,telur dan susu juga hendaklah diletakkan dalam suhu bilik sebelum digunakan.
5-Kek yang hendak disapu dengan aising hendaklah dimasukkan dalam peti sejuk semalaman,lebih baik jika ia dimasukan dalam tupperware dan ditutup..kemudian barulah dimasukkan dalam peti sejuk.
6-Sebelum memyapukan icing,permukaan kek hendaklah dipotong dan dibersihkan
7-Jangan biarkan pisau penyapu aising terkena permukaan kek,oleh itu sebaiknya diletakkan aising yg banyak sebelum ia disapu rata.
8-Bagi memgelakkan kek melekat pada pinggan hidang,sebaiknya taburkan gula icing sebelum menyusun kek di atasnya
9-Kek sebaiknya disejukkan sebelum dipotong.hasilnya ia tidak akan memgerutu semasa dipotong.
10-Basahkan pisau sewaktu memotong kek.
11-Dengan menabur sedikit tepung jagung di permukan kek,ia membantu memudahkan proses memyapukan aising.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan