yang sudi bertandang....

masa itu emas

Selasa, 8 Mei 2012

chocolate orenge roulade

selamat hari jadi selamat hari adoiiii nyanyi sendiirik apa rrrr umo dah tuek ooooo  malku jer kikkikih...
hari lahrku malm tu aku mmpi aruah bapakku datang ku peruk erat rindu sungguhh...alfatihah....
sebelom hari jad nie aku asyik piikr nak wat kek apa jenuh member bg resepi bahn lak bnyak susah cari huhuhu last skodeng blog Shuhaini terpikt lak ngan kek nie aku tayang gambo je la yer resepi tengok kat sini
http://juicycafe.blogspot.com/2012/04/chocolate-orange-roulade-torte.html sifu kita nie heheheh






Bahan2..
750 gm tepung optima
12 biji telur A
150 gm susu segar
240 gm butter - cairkan
1/2 sdb coklat emulco
1 1/2 sdb orange emulco



Cara2nya..

1. Dalam mixer, pukul tepung optima, telur dan susu segar dengan kelajuan yang tinggi selama 10 minit.
2. Perlahankan mixer dan tuang butter cair, pukul sehingga sebati sahaja.
3. Ambil 400 gm adunan dan gaulkan dengan coklat emulco sebati, tuang dalam loyang size 9 inci yang telah digris, lapik kertas minyak, ratakan, bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit. Sejukkan atas redai.

4. Baki adunan campurkan orange emulco dan gaul rata, bahagikan kepada 2 bahagian dalam 600 gm setiap satu dan tuang dalam 2 loyang saiz 16x12x1 inci, bakar selama 15 minit, jangan terlebih masak nanti jadi keras, sejukkan atas redai.
5. Potong kek coklat kepada 2 lapisan, letak sekeping kek coklat atas papan kek, sapu 1 cawan buttercream (resepi dibawah), ratakan.

6. Potong kesemua kek orange selebar 5 cm (kalau nak buat 4 cm pun boleh, 6 cm tidak digalakkan sebab nanti kek lebih tinggi).
7. Sapu coklat ganache (resepi dibawah) pada setiap keping kek.



10. Letak pula sekeping lagi kek coklat diatas kek gulung dan sapu rata keseluruhan kek dengan buttercream.
11. Hias ikut kreativiti masing2 dan sejukkan dulu dalam peti sejuk selama 2 jam baru dipotong dan hidangkan.



Bahan2 buttercream..(pukul semua bahan sebati selama 10 minit)
500 gm krimwell
100 gm shortening
200 gm gula aising - ayakkan

Bahan2 ganache..
100 ml uht whipping cream
300 gm coklat compound - sagat halus

Cara2nya..
1. Panaskan whipping cream sehingga berbuih ditepi2 periuk. Tutup api.
2. Tuang whipping cream dalam coklat dan gaul sehingga coklat larut.
3. Biarkan pekat sebentar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan