yang sudi bertandang....

masa itu emas

Sabtu, 21 April 2012

kek coklat lembab lg

Assalamualaikum kawan2.... heheh hari ni(semalam)hubby ku oncall..busan sungguh x buat apa2 nie....dah ler tu hub by ku mencabar suh wat kek bentukkkkk eemmmmm...kereta..eeehhh bukan kek...gitar.... resepi sama sepertii my car kuning tu bentuk je x sama aku suka kek nie sesuai deko yg man potong....




aha aku dah bentuk ala2 gitar karan hehhehehe mash togel lagi...


hehehhe dah siap mekap..sessi bergambo lak..nk mik  gambo masa deko payah ler cz tangan kena krim....


yang aku x suke tu bab tali nyer hussss payah no nk bg tegang nk berkedut  jugak emmm hentam je la labu.....


aha posisi gni lak emmmm guna talam jer cz x beli  papan yg  sesuai untuk kek nie....


apa pun ckup berpuashat dengan hasil nye...seronokkkkk....pasni nk deko bentguk apa lak yer emmmm.....

Jumaat, 20 April 2012

INFO PENGGUNAAN


  • Ezza Aziz

    pada umumnya 1 camt baking powder nisbah 1cwn (200-250g)tepung,1cwn cecair,1bj telur

    anda dinasihatkan mengurangkan jumlah BP dalam adunan berasid tinggi
    (jus limau,buttermilk,madu) akan sebabkan kek/skon/muffin/biskut rasa
    kurang enak ,selain dr itu ia akan naik dgn cepat & mendap/jatuh
    lepas dibakar atau akan terlalu...
  • Terakhir di sunting hampir sebulan yang la

TIPS MEMBUAT KEK


TIPS MEMBUAT KEK

Petua Membuat Kek Untuk Orang Baru
Author: HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA // Category: Tip dan Panduan


Ada terdapat berbagai jenis kek seperti kek mentega, kek span , kek sifon, kek keju dan lain-lain. Kek yang berlainan jenis ini mempunyai kaedah membuatnya yang berlainan. Sebagai orang yang baru hendak belajar membuat kek, anda hendaklah tahu beberapa perkara penting dalam pembuatan kek ini. Antaranya ialah :

1. Mengenali bahan membuat kek.
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tepung kek, gula kastor, mentega/majerin, telur, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan sebagainya. Anda boleh pergi ke pasaraya atau kedai menjual bahan kek dan mengenali bahan-bahan ini.

2. Peralatan membuat kek
Peralatan yang penting ialah mixer(pengadun). Buat permulaan anda boleh gunakan pengadun tangan untuk membuat kek mentega, kek span dan lain.Peralatan lain ialah pemukul telur (whisk), scrapper, mangkuk pengadun, senduk dan lain-lain. Ketuhar juga sangat penting. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan masak dengan rata, sebaiknya gunakan ketuhar bersaiz besar seperti Europa, Zanussi ,Elba dan lain-lain yang berharga dalam lingkungan RM1000.

3. Kaedah Asas
Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.

Lain-lain perkara yang perlu diketahui ialah :
(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja.

(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.

(d) Jangan buka pintu ketuhar sebelum kek set. Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.

(e) Baca arahan dalam resipi dengan teliti untuk menentukan kaedah yang digunakan.

(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.

(g) Buat resipi yang mudah dulu seperti Kek Mentega Vanila, Kek Mentega Oren dan lain-lain.

Kesimpulannya, jangan takut untuk bereksperimen. Tidak mengapa jika percubaan pertama anda tidak menjadi kerana anda mungkin membuat kesilapan di sana-sini.Tetapi anda perlu belajar dari kesilapan pertama itu dan memperbaikinya pada masa akan datang. Good Luck!

TIPS TAMBAHAN BAGI YANG GEMAR MEMBUAT KEK...=))


TIPS TAMBAHAN BAGI YANG GEMAR MEMBUAT KEK...=))
Liza Hassan


5:12:00 PTG | Label: PETUA..
ASSALAMMUALAIKUM...

Bagi yang gemar membuat kek,ari ni liza nak kongsikan beberapa petua...yang bole kita jadikan panduan semasa membuat kek....

PETUANYA.......<3
1-Sapukan loyang pembakar dengan lemak sayuran(shortening) dan taburkan sedikit tepung sebelum menuangkan bancuhan untuk dibakar.
2-Bagi memgelakkan kek berlubang,selepas bancuhan dipukul,kelar bancuhan dngan pisau untuk mengeluarkan angin yang terperangkap dalam bancuhan.
3-Untuk memdapatkan rasa yg sedap untuk kek coklat,campurkan sedikit campuran Nescafe bagi memdapatkan rasa Mocha.
4-Selain mentega,telur dan susu juga hendaklah diletakkan dalam suhu bilik sebelum digunakan.
5-Kek yang hendak disapu dengan aising hendaklah dimasukkan dalam peti sejuk semalaman,lebih baik jika ia dimasukan dalam tupperware dan ditutup..kemudian barulah dimasukkan dalam peti sejuk.
6-Sebelum memyapukan icing,permukaan kek hendaklah dipotong dan dibersihkan
7-Jangan biarkan pisau penyapu aising terkena permukaan kek,oleh itu sebaiknya diletakkan aising yg banyak sebelum ia disapu rata.
8-Bagi memgelakkan kek melekat pada pinggan hidang,sebaiknya taburkan gula icing sebelum menyusun kek di atasnya
9-Kek sebaiknya disejukkan sebelum dipotong.hasilnya ia tidak akan memgerutu semasa dipotong.
10-Basahkan pisau sewaktu memotong kek.
11-Dengan menabur sedikit tepung jagung di permukan kek,ia membantu memudahkan proses memyapukan aising.

KENAPA KEK X MENJADI


MENGAPA KEK TIDAK MENJADI..!!!!
Liza Hassan


SELAMAT PAGI SEMUA....


Mengapa ye kek yg kita buat tidak berapa nk menjadi....!!!
Di sini ada beberapa kesalahan yg mungkin kita tak perasan masa..proses membuat kek...jom kita tengok...=))

KEK NAIK TIDAK SEKATA...
1-Tepung yg di bancuh tidak sekata dengan bahan-bahan lain...
2-Suhu dalam ketuhar juga tidak panas sekata menjadikan kek tidak dibakar secara menyeluruh
3-Bancuhan melebihi tahap yg seharusnya tidak boleh melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar...
4-Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
5-Pastikan bekas loyang pembakar sesuai dengan isi padu bancuhan

KEK MENJADI BANTAT DAN TIDAK RINGAN
1-Telur yg digunakan mungkin terlalu kecil
2-Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
3-Suhu ketuhar pula tidak bole terlalu rendah

PERMUKAAN ATAS KEK TIDAK NAIK DAN JATUH PADA BAHAGIAN TENGAH
1-Kek tidak dibakar pada tempoh yg seharusnya
2-Penutup ketuhar yg selalu dibuka
3-Suhu ketuhar terlalu tinggi

JIKA BANCUHAN MENTEGA TIDAK SEBATI DAN BERKENTAL
1-Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
2-Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yg belumbetul-betul gebu dipukul
3-Mentega dan gula tidak betul-betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut

KEK TERLALU BERAT
1-Campuran mentega,gula dipukul terlalu lama
2-Sewaktu memukul campuran yg ada tepung,ia dipukul pada kadar yg terlalu tinggi
3-Kemungkinan besar terlalu banyak tepung yg digunakan

KEK MEREKAH
1-Suhu ketuhar terlalu panas dan menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat maak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek,ini menyebabkan bahagian kek akan merekah
2-Loyang pembakar tidak diletakkan di tengah-tengah ketuhar

SUKATAN/TIMBANG /OZ


Blog liza Hassan


SEKADAR PANDUAN DI KONGSI BERSAMA...

ASSALAMMUALAIKUM....=}

Hari ni liza nak kongsi beberapa panduan untuk di kongsi bersama....

1 0z =25 gram
9 0z =250 gram
16 0z (1 Lb) =450 gram
1 cawan mentega =250 gram
1 cawan gula =250 gram
1 cawan tepung gandum =125 gram
1 sudu teh/kecil =5 gram
1000 gram =1 kilo
500 gram =1/2 kilo
600 gram = 1 kati
4 tahil =150 gram

TELOR


Liza Hassan
 

ASSALAMMUALAIKUM..

Hari ni liza nak kongsi beberapa tips mengenai telur....=))

Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yg diperlukan oleh badan manusia...ia merupakan sumber protein yg murah dan senang diperolehi...

Petua memilih telur yg baik dan berkualiti tinggi
1-Telur yg segar mempunyai kulit  yg berkilat dan tidak kusam
2-Jika di rendam di dalam air ia akan tenggelam...
3-Telur perlu datang dengan bekas yg bersihdan tahan lama...
4-Perlu di bersihkan telur dari sebarang kotoran..
5-Seelok2nya simpan telur di dalam peti sejuk supaya ia tahan lama
6-Pastika telur tidak bercampur dengan bahan2 lain yg berbau kerana bau akan meresap melalui kulit telur
7-Cara yg betul menyimpan telur bahagian hujung tajamnya ke bawah
8-Semasa merebus telur campurkan sedikit garam dan sedikit cuka supaya senang nak mengupas kulit telor..tu nanti
9-Telur bole juga di kukus bg memgelakkan ia pecah sewaktu merebus dalam qualiti yg banyak
10- Telur yg telah direbus apabila di putarkan ia akan berpusing dengan elok dan tetap
11-Telur mentah akan berpusing dengan tidak sekata
12-Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak

Khamis, 19 April 2012

IKAN BAWAL MASAK STIM

assalamualakum semua....


hari ni hubby ku cuti...emm dah poning aku pikir nak masak ape.. hubby kata nk ikan bawal masak stim huhuhu ala aku nie ner panda sangaqt bab lauk sekondeng my resep jumper resepi ni aku pun try le pe lagi ...jommm tengok resepi




              

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 1 ekor ikan segar (ape2 je jenis ikan yg digemari. dyg prefer ikan Red Dragon sb rasanya sedap, xde bau dan harga pun xlah mahal sgt)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb sos ikan
  • 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 1-1½ liter air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)

Cara-cara

  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.






Ahad, 15 April 2012

CIZ CAKE LAGI

Assalamualaikum semua..semuga anda ceria2 selalu...heheheh angin rajin aku dok bertandang seronok lak ...dlam pti ais adacheese emm nak wat apa yer nak yg senang n cepat hehehhe pikr punye pikir nk wat ciz cake ag la...hehehehe joommmm kita buat....















 yesssss aku cukup berpuashati dengan kek nie....sebiji sehari dah habis....ok resepi penuh ada dalam pic sau lg pos terdahulu ciz cake ok....

Isnin, 9 April 2012

PANCAKE




Asslamualakum semua...semoga shat n ceria.....hehehe hari n8 aku gatal2 tangan buat pancake yg comel lote...yg bestnyer anak2 suke makan masa aku taip nie anak mash mengadap pancakenyer hehehehe...











yg nie br siap ..belom letak bluberry jem hehehe..ok la kat bawah nie ada resepnyer aku amik dr rakn fb JOM MASAK


 PANCAKE
BAHAN2
1 cawan Tepung Gandum
3/4 cawan Susu Segar
1 biji Telor
2 sudu besar Butter
1 sudu kecil Cream of Tartar
1 sudu kecil Soda Bicarbonate
Secubit Garam




CARANYA :


Blend kesemua bahan diatas hingga mesra dan sebati.
Perapkan sebentar adunan tadi selama lebih kurang 15 min.
Masak di atas kuali leper (non stick pan).
Setelah siap, bolehlah dihidangkan bersama honey atau apa saja mengikut selera memasing.
ok selamat mencuber yer kawan2...

Ahad, 8 April 2012

KEK COKLAT LEMBAB

Assalamualaikum....yg ini pula kek k2....malangnyer aku x dapat nak snap gambar tika  kek ne dicantum2..maklum la disaping teruja ,risau n sebagainyer bermain di benakku....takot x menjadi seperti yg diharapkan....apa pun terimakasih buat suamiku yg sudi membantu.mereka bentuk kek ini hehehhehe


 sebiji kek coklat lembab bakar
 jenuh nak siapkannyer...menbggedotnyer  aduhhhhh sakit  pinggang
 setelah beberapa jam  makaa terhasil la kek kereta kuning ini
 apapun aku berpuashati dengan hasilnyer..terimakasih buat teman fbku Azizah Arsad..kerana menjadikan gambarnyer sebagai contoh untuk mendeko kek ini...tanpa acuan kena la tetapkan sendiri bahagian tertenti kereta nie....

kusertakan resepi kek yg ku gunakan ini.......untuk kalian semua..


Rohaimi Ahmad  (tuan tanah resepi)


Kek Coklat Lembab

Bahan2nya:

190g mentega
300g gula halus
210g tepung gandum
50g serbuk koko
4 biji telur}gred A
2sk esen vanila
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik
250ml air

caranya:
-pukul mentega dn gula hingga kembang
-masukkan telur satu persatu
-masukkan tepung, soda bikarbonat, serbuk penaik, esen vanila...kacau
-masukkan air...kacau sehingga sebati....
-sapu loyang dgn sedikit majerin dn tabur dgn sedikit tepung disekelilingnya
-lapis dgn kertas putih....
-bakar selam 1 jam api atas bwh 160'c

by: Rohaimi Ahmad

CIZ CAKE

Asslamualaikum.......emmm mood rajin mai maka rajin ler update blog nie hehehhe walau kandungannyer x ler secantik  mana cukupla sekadar  menghibyrkan diriku.....heheheh
dah lama x deko kek tangan pun skit punyer gatal ler nk mendeko kek.....pucuk dicipta ulam mendatang..kak ipar mau kek 2 biji tuk besday anaknyer hehehhe....jenuh juga pikir nak wat kek apa cz yg dipesan apa2 jenis kek...emmm cek barang emmm boleh la  buat ciz kek.....sebetulnyer kek nie x layer tau saja je aku gatal tangan wat layer hehehehe




 sebiji kek aku jadkan 3 bahagian
 setiap lapisan kusapu blubery felling
 ditepinyer ku pnping dengan buttercream
 supaya blubery tu x meleleh,pastu salut seluruhan dengan bc
 hiasannyer beberapa kuntum bunge
tepinyer ku pinping biasa2 saja ..simple tp agak mewah
dimataku.....ok dok merapu jer kusertakan resepnyer bg sisapa yg berminat nak mencuba....




resepinyye



Marizah Miza(tuan punyer resep)
ciz kek...senang & sedap


ciz kek saiz 7"


-150g cream ciz
- 80g butter
- 100ml ssu segar
- 60g tepung gandum
- 20g tepung jagung
- 3biji telur saiz A...asingkan kuning & putih
- 60g gula kastor




cara cara
- butter, susu & cream ciz masukkan dlm periuk...masak atas api hingga hancur...biar sejuk
- 3biji putih telur...beat hingga berbuih...masukkan gula..teruskan hingga putih telur kaku & kental (meringue)
- dlm bekas lain...masukkan 3biji kuning telur, cream ciz yg dah dicairkan tadi....esen vanila...mix sebati
- masukkan tepung...mix sebati
- amik 1/2 meringue, gaulkan ngan senduk bersama adunan ciz...gaul sebati
- amik lebihan meringue...kaup balik slow hingga rata & sebati
- tuang dlm loyang yg dah di alas baking paper...dinding x perlu griss
- bakar suhu 170.....45min api bawah...10min api atas bawah....guna kaedah steam bath
- bila kek masak..renggangkan sikit pintu oven...biarkan kek sejuk sebelum terbalikkan

PIE APPLE

Assalamualaikum...semoga anda sihat a bahagia sentiasa...sekian lama teringin nak membuat pie nie selalu tertangguh ...emmm sebb looyangnyer x ada..x terpikir pula acuan tart pun leh guna buat pie nie hasilnyernyer kuit mut jer pun hehehe tp yg ku buat nie versi besar..guna layang pie....jadi lahhhhh




bahan2nyer
















Watie Pak Din 

pai epal

bhn utk kulit

200gm mentega-suhu bilik

1 biji kuning telur

400gm tepung gandumsedikit air

~campurkan mentega dan tepung,,gaul hgga menjadi serbuk roti.

~masukan kuning telur dan air,uli doh hgga tidak melekat pd jari.

~balut doh dgn plastik,simpan didlm peti sejuk. 



inti pai

3 biji epal hijau(dipotong dadu)

5 sudu besar gula

1 sudu teh serbuk kayu manis

1/2 cwn air

3 sudu mkn tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)

~masak epal,gula,serbuk kayu manis n air..mengunakan api yg paling kecil n tutup periuk..biarkan sampai ia layu n lembik...

~pastu masukan air tepung jagung,,bila nampak pekat tutup api n biarkan sejuk.



cara membuat pai

~canai doh potong mengikut bentuk kesukaan anda,kemudian sapukan permukaan doh dgn telur.

~masukan inti epal n tutup inti pai dgn kulit pai yg lain,,klip permukaan tepi kulit pai dgn garpu agar kulit melekat.

~sapu permukaan pai dgn kuning telur,,bakar pd suhu 180c selama 20-30 minit @ hgga kekuningan...