yang sudi bertandang....

masa itu emas

Jumaat, 22 November 2013

ANEKA CUPCAKE

asslamualaikum sahabat..... lama iyer lama sungguh aku x update blog ne dah penuh sawang hehehhe maklum ler x de idea nk ctit n karang huhuhu....cupcake nie ku buat pada 3 november bnyk lg entri x ter update heheh apapun layan  gambar cupcake nie



























STEAM BUTTERCREAM


Steam buttercream pernah popular satu masa dulu n aku sendiri dah sekan lama teringin nk buat ,tetapi x  berapa yakn tu yg x terbuat huhuhu
baru2 ne kekawan bakers g kelas steam bc nie ades memdidih jiwaku nk buat ...kebetulan ada lebighan bx masa deko kek ..aku tekat nk cube 
1st aku gagal  bc menjadi terlalu cair ades kecewa......rasanyer....esok nyer nekad cube sekali lagi dan alhamdulillah kali ne lebih  baik tu pun jenuh  mengkaji mana slapnyer tq pada  kekawan yg sudi beri tunjuk ajar padaku....cara2 nyer buatnyer aku x berani nk share sbb bimbng x betul mklum ler belajar sendiri....kita layaan jer gamba2 nyerr...
                                                             setelah disiram steam bc
                                                            hiasan lah ikut suka hati








KUIH LOPES

Kuih lopes ...kuih yg pertama aku cuber dulu2...masa aruah bapak masih ada mash ingat lagi masa tu kat umah lama..beria2 nk wat kuih nie  n aku berjaya buat..malahan terbanyak pulak tu....mak kata bnyak nyer ko buat sapa nk makn nie aduhhh....tp bapak dengan wajah tenangnyer kata x per nnti bapak bawa ke surau mahrib nanti..x la membazir....mahrib tu bapak bawalah kuih nie ke surau untuk jemaah  mahrib..x sabar aku tunggu die balk nk tau kuih tu habis ke tidak....br je bapak sampai depan pintu dah ku terpa  tnya kuih syukur alhamdulillah habis malah x cukup ata aruah bpak..itu la kenangan kuih lopes yg x akan ku lupakan sampai biler2
untuk membuat nyer pun mudah godak2 je ..tp maaf yer resep ku ini main campak2 x de sukatan  agak jer yer

ok bahan2 die

pulut
daun pandan
air
daun pisang
pewrna hijau
sedikit garam
kelapa putih(untuk salut lopeh)


1.berihkan pulut
2.masukkan air seoparas pulut ,daun pandan yg disimpul serta garam,masak hiingg melekit n air kering..tutup api biar sekejap
3.sediakan daun pisang...ambil pulut td letak kat daun tu n padat2kan pastu gulung ikat kirikanan(masa nk ikat tu padankan lg)
4.kukus hingga masak
5.dah masak potong guna benang
6.kelapa puth campur garam sikit n kukus kejap supaya x cepat basi
7.salutkan lopes yg dah dipotong dengan benang td dengan kelapa...ok siap

untuk gula
bahannyer
air
gula merah
gula putih
daun pandan
 caranyer
 masak air mendidih masukkan guka putih n merah daun pandan.
biler dah larut tutup api,tapis n hidangkan bersama lopes tadi






PAU

kuih pau emm lama aku x buat nie gar2 terbeli tepung pau terpaksa la aku buat dah agak lama pun tepung nie ku beli hehehe...resepi pau aku sekodeng kat blog cik mat gebu saja suka2 try  mcm2 resepi..tengok kejadiann nyer macm ner....jomm tengok resepi   untuk inti aku gune jer sekaya siap tu.....

BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)



 UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  1. UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
  2. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.


Khamis, 21 November 2013

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)









AHMAD AMMAR AHMAD AZAM PELAJAR MALAYSIA DIMULIAKAN DI TURKI

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang Tertangguh” oleh para sahabatnya.

< Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam >

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

< Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki >

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

< Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki >

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

< Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam >