yang sudi bertandang....

masa itu emas

Selasa, 30 April 2013

"untaian mutiara"

SESEKALI MERAJIN DI HEHEHE....TENGOK MACM MUDAH NILILAH DIA SI UNTAIAN MUTIARA YG KU BERI NAMA ULAT GONGOK HEHEHEH....



 Biskut Untaian mutiara (resepi noor qasieh/noor ayub)

Bahan 
250 gm butter
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur


Bahan B (ayak)
1 1/2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum


Cara-cara:
1. satukan bahan A dan kacau hingga sebati...tak perlu kembang
2. Masukan sikit- sikit dan uli hingga menjadi doh lembut seperti samprit..
3. kalau adunan dah lembut paipkan menggunakan acuan seperti dibawah, bakar pada suhu 180C selama 12-20 minit mengikut oven masing masing.


sukan tabika 2013 DUN Hutan Melintang

semalam  30/04/13 adalah hari sukan tabika tempat anak ku belajar heheheh ...pertama kali ank nk sukan teruja sungguh aku melhatnyer...dalam hati boleh ke da main ?ikut arahan cikgu? ha macm2 pkir......

tba hari nyer wahhh sungguh cool jer ank ku ini.....kam sampai pun dia x perasan hehehe....tp yg ku lihat dia patuh arahan cikgunyer alhamdulllah....x merenggek nk kut mak or bapak....jom kita tengok pic dia....
























Kimie bersama guru2nyer

Isnin, 29 April 2013

KARIPAP

assalamualaikum pembuka tirai...

Hari nie mood memng teramat la rajinnyer hehe mcm nak buat kali wat karipap lak frozen kan stok untuk keluarga jer hehehe .maklum jer perut dok laporrrr jer  resepi dr Azlina blooog TERMNAL HIJRAH






BAHAN A

200 gm tepung gandum
100 gm shortening        
Secubit garam

BAHAN B

400 gm tepung gandum
200 gm air
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA

DOH -A 

  1. Gaulkan shortening bersama tepung gandum dan masukkan garam
  2. Uli dengan tangan sehingga betul2 sebati
  3. Bahagikan kepada 6 doh kecil. 1 doh bersamaan dengan 50 gm 
  4. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap

DOH -B

  1. Satukan tepung gandum dan garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaulkan sehingga menjadi doh
  2. Bahagikan ia kepada 6 doh2 kecil. 1 doh bersamaan dengan 100 gm
  3. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap



  1. Langkah seterusnya, canaikan doh B sehingga agak leper berbentuk bulat
  2. Letakkan doh A betul2 ditengah doh B
  3. Bentukkan menjadi satu doh iaitu doh B diluar dan doh A berada didalam doh B
  4. Tutup dengan tuala lembab & rehatkan 5 minit
  1.  Ambil 1 doh dan canaikan memanjang
  2. Guna pisau dan potong dibahagian tengahnya, jangan putus dibahagian atas, tinggalkan lebih kurang 3 cm
  3. Bermula dari bahagian bawah sekali iaitu doh sebelah kanan, gulungkan dengan kemas & padat seperti digambar

  1.  Refer gambar cara digulung, gulungkan terus menerus tanpa henti menuju ke bahagian atas & pusing ke kiri dan teruskan gulung sehingga ke penghujungnya.
  2. Pastikan gulungannya kemas dan padat 
  3. Rehatkan doh sebentar, tutup dengan tuala yang lembap supaya doh tidak kering

Beginilah bentuk doh yang sudah siap digulung sepenuhnya

  1. Apabila semua kelapan2 sudah siap, guna penggelek dan canaikan mengikut panjangnya satu persatu, ketebalan dohnya biar sederhana je. Refer gambar yg paling kiri tu..
  2. Gulungkan doh dengan berhati2, pastikan gulungannya kemas
  3. Gulung kesemuanya sehingga selesai.
  1. Guna pisau yang tajam dan potongkan setiap gulungan doh kepada 8 bahagian yang sama besarnya
  2. Kemudian canaikan satu persatu doh yang dipotong secara memanjang, refer gambar tengah..jangan canai terlalu nipis
  3. Letakkan inti karipap secukupnya di atas doh yang dicanai
  4. Tutupkan doh dengan kemas dan kelim dengan kemas disekelilingnya sehingga bercantum kesemuanya 
RESEPI INTI KARIPAP



Bahan bahannya :

6 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil2
Isi ayam atau daging secukupnya - dicincang kecil2 
2 sudu besar rempah kari daging 
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Sedikit gula 

Bahan kisar :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar udang kering (jika suka)

CARA MENYEDIAKANNYA

  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga 3/4 empuk, toskan
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu diikuti bahan kisar, kacau2kan dan biarkan sehingga kekuningan
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering.







Ahad, 28 April 2013

ROTI CANAI

asslamualaikum hehe tengah rajin nk update blog ...selalu malas jer angn bermusim.....enterku hari ini ROTI CANAI ...anakku kesayanganku ini amat la menggemari roti canai hinggakan tengah malam pun kalau boleh nak roti canai..sebagai mak tentu seronok kalau anak suka  kalau kita buatkan makanan kegemaran mereka...aku memng dah lama  tahu n dulu rajin buat...tu semua atas tunjuk ajar ibu mertua ku yang sporting siap ajar step by step....ok la nie kal ke dua aku buatkan untuk anak  memula buat x cukup sekali hadap jer kali nie aku buat lebih sikit supaya aku boleh frozenkan  n goreng biler dia minta nanti  aha kan mudah.....
apapun maaf ku pohon resepi nie main agak2 jer cz x sukat (dah diajar macm tu so ikut kan jer hehehe)

RESEPI ROTI CANAI

TEPUNG GANDUM
SEBIJI TELUR
GARAM
SUSU PEKAT MANIS
AIR SECUKUPNYER
MAJERIN

CARANYER
 SATU KAN SEMUA BAHAN KECUAL MAJERIN
ULI HNGGA MENJAD DOH X LEKAT DI TANGAN
SETELAH ITU BULATKAN DOH IKUT SUKA NK BESAR MANA.....N SALOT DOH YG DAH BULAT KECIL TU DENGAN MAJERN SELURUH BAHAGIAN

(SEELOKNYER BUAT MALAM)P0AGI DAH LEH TEBAR.....

 setelah dibiarkan lebih kurang 9jam doh nie kecik..berat 60g setiap sebji
 kita tebar n wat sanggol seperti ini n biarkan sekejap atau sementara tu buat cicahnye..
 kita ratakan sangul td n goreng
 hehehe bersauna atas kuali

 nie dah siap pek..frozenkan..kalau ank nak dah sedia nk gorengkan jer
 jual pun boleh nie hehehe


Sabtu, 27 April 2013

oder kek kawen

ASSALAMUALAAIKUM....

antara malas da rajun nk tap enteri...maklum la aku kurang pandai nk menggarang  cerita huhuhu .....
sejak pindah ke Huntan Melintang nie br nie aku dapat projek yg agak besar bg ku syukur....tempahan perkahwinan saudara sebelah suamiku ku teima....kita layan  gambar2 dulu la yer


 kek butter keju
 kek sponge coklat
 kek coklat lemban n kek sponge vaanilla

 vanilla cupcake