yang sudi bertandang....

masa itu emas

Khamis, 13 Februari 2014

Murtabak Cracker

Murtabak Cracker

Nak buat ni kena sediakan sebesen air ... untuk buat wash2 biskut tu ... jgn direndam lama .... mandikan manja2 gitu....

Biskut cream cracker secukupnya ...tak kira apa jenama
Daging cincang - digaulkan garam dan serbuk briani (tak ada serbuk kari pun boleh .... serbuk sup pun boleh ... kalau tak ada semua lada sulah pun boleh )
Bawang Besar - didadu
Lada Merah dihiris
Lada Hijau -dihiris
Daun Bawang dihiris halus
Daun Saderi aka daun sup dihiris halus
10 biji telur dipukul mcm nak buat telur dadar

Daging digoreng dengan sedikit minyak dan diketepikan ...
Sediakan loyang pembakar 8x8 .. digriskan dengan butter atau majerin dan dilapikkan dengan kertas pembakar.

Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius.

Mulakan dengan mandikan beberapa biskut untuk lapisan bawah ... mama jijah lapiskan 2 lapisan supaya ditidak terlalu nipis... kemudian dilapiskan dengan daging dan bahan2 hirisan kemudian siramkan sedikit telur.... teruskan kepada lapisan kedua dan ulang seperti lapirasan pertama ..... ketebalan mengikut suka masing2.... dilapisan yang akhir ....selebih telur disiram keatasnya dan terus masukkan kedalam oven dan bakar selama 60 minit ......

Murtabak Cracker ni juga boleh juga dilapiskan dengan mozarella dan parmesan cheese antara lapis dan diatasnya...... 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan