yang sudi bertandang....

masa itu emas

Isnin, 26 Mac 2012

STRAWBEERRY CHOCOLATE CAKE

 salam buat semua penjungjung blog yg x seberapa ini...hehehhe hari rajn lak aku nk membaking...tu pen terliur tengok kek shuhairi nyer kek .....ikut resep kena bakar guna dua bekas tapi aku malas aku tibai sebekas je ahaha...jadinyer bs merekah bak lava gunung berapi nk meletus....terpaksa la juga penggal bahagian yg merekah tu kalau x x cun ler cake..huhuhuhu
 okokoko menceceh jer dah nie share juga resepinyer sapa2 yg nak tengok step by step maka dengan segala hormatnye sla la kunjung umah  sifi Shuhaini JUICY CAFE....kat sana ada step by step....
 Bahan2 kek..
1 1/2 cawan gula castor
1 1/3 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan buttermilk (1 1/2 cawan susu segar + 2 sdb cuka + 2 sdb jus lemon - rehatkan 20 minit)
 3 biji telur A
1 1/2 cawan air panas + 2 sdk nescafe
1 sdk esen vanilla
3 cawan tepung gandum*
1 sdb + 1 sdk baking soda*
 1/2 sdk garam halus*
1 cawan serbuk koko hershey* - *satukan dan ayak
2 pek strawberry segar - hiasan

 Bahan2 buttercream..(pukul sebati)
100 gm gula aising*
15 gm air* - *satukan dan gaul sebati
250 gm krimwell
1 sdk coklat emulco

Bahan2 ganache..
250 gm whipping cream (tawar)
500 gm coklat compound - hiris halus

Cara2 ganache..
1. Panaskan whipping cream dalam periuk kecil dengan api yang kecil sehingga berbuih2 di tepi2 periuk.
2. Tuang dalam bekas yang berisi coklat, gaul sehingga coklat larut.

 Cara2 kek..
1. Dalam mixer pukul sebati gula castor, minyak jagung, buttermilk, 3 biji telur, air panas yang telah di bancuh bersama nescafe dan esen vanilla.
2. Masukkan bahan2 ayak sedikit2 dengan kaedah kaupbalik, jika berbiji2 pukul dengan kelajuan paling rendah dalam 10 saat.
3. Sediakan 2 biji loyang saiz 8 inci, lapikkan dengan kertas minyak dan sapu butter sedikit.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan tuang ke dalam loyang tadi.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 40 minit.
6. Sejukkan kek atas redai.
7. Potong setiap kek kepada 2 bahagian, kalau atasnya merekah, buang sedikit, biar rata.
8. Letak lapisan bawah pada papan kek, sapu buttercream dan susun strawberry yang telah di hiris halus.
9. Susun kek lapisan kedua, di ikuti dengan sapuan buttercrean dan susunan buah strawberry.
10. Untuk lapisan ketiga, ikuti cara2 nombor 9, di akhiri dengan kek lapisan teratas dan sapu buttercream keseluruh bahagian kek.
11. Sejukkan kek dalam peti sejuk dan biarkan buttercream keras.
12. Keluarkan kek, letak atas redai bersama talam, buat adunan untuk ganache, terus tuang atas kek.
13. Lap di tepi2 bahagian papan kek dan sejukkan semula sehingga coklat mengeras.
14. Celup strawberry dalam baki coklat tadi dan hias di atas kek mengikut kreativiti masing2.
hehehheheok selamat mencuber kekawan semua.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan